Aramak
  • Aramak
  • Storyboardlarım

tv

Bir Öykü Panosu Oluşturun
Bu Öykü Panosunu kopyala
tv
Storyboard That

Kendi Storyboard'unuzu oluşturun

Ücretsiz deneyin!

Kendi Storyboard'unuzu oluşturun

Ücretsiz deneyin!

Öykü Penceresi Metni

  • Tahukah anda bahawa terdapat sekurang-kurangnya 1500 hingga 2000 kes kematian di Malaysia akibat daripada penyakit tibi.
  • Apakah itu penyakit tibi? Tibi yang merupakan batuk kering atau Tuberculosis. Penyakit ini berjangkit dan telah menyebabkan kematian di Malaysia meningkat. Ia memberi kesan kepada paru-paru manusia.
  • Antara tanda tibi ialah berpeluh di waktu malam, batuk melebihi dua minggu, susut berat badan dan yang paling ketara ialah batuk berdarah.
  • Saya merupakan salah seorang pesakit tibi. Kini saya sedang menjalani rawatan di hospital.
  • Seorang pesakit tibi memerlukan rawatan selama 6 bulan iaitu 2 bulan pertama merupakan fasa intensif dan 4 bulan seterusnya fasa sambungan. Pengambilan ubat perlulah diambil di bawah penyeliaan dan perlu direkodkan.
  • Pesakit yang menjalani rawatan dengan sempurna berpotensi untuk sembuh manakala sebaliknya pesakit akan menyebabkan ubat yang diambil tidak akan berkesan dan juga boleh membawa kepada kematian.
  • Anda perlu ambil tahu tentang punca-punca kematian penyakit ini iaitu apabila lewat mendapatkan rawatan, pesakit berisiko untuk meninggal. Selain itu, kesedaran rakyat yang rendah dan tidak ambil peduli tentang tibi terhadap kuman Mycobacterium tuberculosis yang menjadi punca penyakit tibi.
  • Walau bagaimanapun, jika anda tidak mahu mendapat risiko sebegitu, jagalah kesihatan sebaik-baiknya. Makan makanan yang sihat, selalu bersenam dan yang paling penting buat pemeriksaan awal jika mengalami tanda-tanda tibi. Sayangi diri anda.
30 Milyondan Fazla Storyboard Oluşturuldu