Di Malaysia, golongan Islam Liberal ini telah mula memperjuangkan pelbagai isu bertujuan menyebarkan idea liberalisme secara lebih meluas. Antara agenda golongan ini ialah memperjuangkan fahaman pluralisme agama dengan menyamatarafkan semua agama, agar kedudukan agama Islam sebagai agama yang paling benar dapat dihapuskan. Secara tidak langsung kedudukan agama Islam di Malaysia dapat direndahkan sehingga boleh mengundang kepada gejala murtad. Perkara ini selari dengan salah satu tuntutan IFCatau Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith Commission) supaya membenarkan orang Islam untuk murtad tanpa dikenakan apa-apa halangan dan tindakan.
Apakah yang diperjuangkan oleh Islam Liberal ini sebenarnya?
Boleh berikan saya contoh gerakan Islam liberal kontemporari yang berada di Malaysia?
Contoh gerakan Islam liberal kontemporari terdiri daripada pertubuhan-pertubuhan bukankerajaan (NGO) seperti- Sisters in Islam ( SIS )- G25 Malaysia (G25)- Islamic Renaissance Front (IRF)
Tuntasnya, liberalisme di Malaysia bukanlah sesuatu isu yang baharu, tetapi falsafah yang telah lama wujud di dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Perkembangan dan penyebaran falsafah liberalisme ini boleh membawa kepada ancaman dalam bentuk akidah terutamanya di kalangan masyarakat Islam masa kini khususnya di Malaysia. Malaysia secara tradisinya berpegang kepada akidah ahli sunnah wal jamaah. Perkara-perkara yang baharu sepatutnya dibincangkan dahulu oleh orang-orang yang arif dalam bidang tersebut seperti dalam program pewacanaan, dialog, forum mahupun seminar oleh tokoh-tokoh bidang dan dibincangkan sebelum dibawa kepada umum. Ini penting supaya masyarakat tidak bercelaru dengan idea liberalisme dan ideologi-ideologi baharu masa kini.
Sesiapa boleh berikan saya apa yang dapat kita simpulkan daripada topik liberalisme yang kita bincangkan tadi?