Search
  • Search
  • My Storyboards

LAILA MAJNUN

Create a Storyboard
Copy this Storyboard
LAILA MAJNUN
Storyboard That

Create your own Storyboard

Try it for Free!

Create your own Storyboard

Try it for Free!

Storyboard Text

  • Qais, sudah la! Berhenti kacau aku.
  • Tak nak. Itu lah, kenakan aku lagi.
  • Eh, Qais? Wah, minat membaca juga rupanya. Nak tengok la dia baca buku apa.
  • Yey, kita dah habis sekolah. Laila, congrats jugak! Dokumentari awak dapat banyak tontonan tau.
  • Happy graduation day!
  • Laila merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolahnya, manakala Qais adalah sebaliknya. Qais sering mendapat kedudukan yang tercorot dalam peperiksaan. Disebabkan perbezaan yang ketara di antara dua pelajar itu, seorang produser dokumentari ingin merakam mereka untuk membuat perbandingan dan pemerhatian terhadap sikap mereka. Laila dan Qais kerap kali bergaduh sepanjang dokumentari dirakam.
  • Gadis tu macam Laila je. Eh, ye lah. Memang Laila! Dah jadi doktor sekarang...
  • Laila selalu mengenakan Qais kerana dia beranggapan Qais seorang yang malas belajar. Qais juga sering melawan Laila. Walaupun mereka sentiasa bergaduh, namun mereka mempunyai satu persamaan iaitu kedua-dua nya suka membaca buku fiksyen. Persamaan ini membuatkan hubungan mereka semakin rapat. Mereka mula bertolak ansur sedikit demi sedikit.
  • Sekarang saya kerja sebagai askar, Laila. Syukur lepas habis sekolah dulu saya berubah juga. Dah matang la katakan. Haha
  • Dah lama kita tak berjumpa ye. Tak sangka top student dulu dah jadi doktor sekarang.
  • Hehehe. Alhamdulillah, rezeki. Kelakar pula bila teringat zaman sekolah dahulu. Asyik gaduh je. Oh ye, awak sekarang macam mana? Kerja apa?
  • Setelah beberapa lama dokumentari dijalankan, Laila dan Qais pun menamatkan pengajian mereka di peringkat sekolah menengah. Dokumentari yang ditayangkan di Youtube telah mendapat sambutan daripada ramai orang kerana terhibur dengan telatah Laila dan Qais. Sejak menamatkan pengajian, Laila dan Qais tidak lagi berhubungan dan membawa haluan masing-masing.
  • Alhamdulillah, lega saya dengar. I will try my best to make you feel wanted, loved and needed.
  • Laila, saya ada perkara nak bagitau. Saya nervous sebenarnya. Okay, sejujurnya, saya cintakan awak. Tak, sebenarnya saya dah lama sukakan awak. Sejak sekolah lagi!
  • Qais... Sebenarnya, saya pun cintakan awak. I don't know for how long, tapi saya acknowledge this feeling.
  • 10 tahun kemudian, Laila berjaya menjadi seorang doktor pakar di sebuah hospital. Dia juga sering mendapat jemputan di televisyen untuk berkongsikan mengenai kesihatan dan perubatan. Pada suatu hari, Qais pergi ke hospital di mana tempat Laila bekerja untuk melawat rakannya. Qais ternampak Laila sedang memakai kot berwarna putih dan merawat pesakitnya. Dia gembira dapat berjumpa dengan Laila semula.
  • Qais segera memanggil Laila. Pada awalnya Laila tidak mengenali siapa yang memanggilnya. Tetapi apabila melihat Qais dengan jarak yang lebih dekat, mata Laila mula bersinar. Dia teruja dapat berjumpa dengan rakan lamanya, Qais. Laila mengajak Qais ke biliknya supaya mereka dapat berbual dan bertanya khabar dengan lebih selesa memandangkan keadaan di hospital pada ketika itu sangat sibuk.
  • Semenjak itu, hubungan Laila dan Qais semakin erat. Lama kelamaan, mereka mula merasakan rasa sayang antara satu sama lain. Qais memberanikan diri meluahkan rasa sayangnya terhadap Laila walaupun dia takut Laila akan menolak cintanya. Tetapi, alangkah bahagianya Qais apabila Laila menerima cintanya. Disebabkan tidak mahu kehilangan Laila, Qais memutuskan untuk meluahkan perasaannya. Beberapa bulan selepas itu, Qais mendapat panggilan untuk ke Rusia kerana urusan kerjanya. Walaupun mereka berjauhan, mereka tetap setia terhadap satu sama lain.
Over 30 Million Storyboards Created