Mak kan boleh buang sendiri, jangan nak menyusahkan orang. haishh
aduhhhh!!!!MAKKKKK. Am kan suruh mak kemas bilik Am. kenapa tak kemas lagi. Mak tak faham bahasa ke?!!!!!
entah lah mak ni, macam lah tak tengok jam dah pukul berapa. Kami dah lapar! nak makan !!
orang tua ni, orang dah lapar, makanan tak siap siap lagi. Mak iangat kami ni tak kebulur ke?!
sabar lah korang ni pun. tak nampak ke mak tengah sediakan makanan. Hormatlah sikit.
Ali nak duit. Duit semalam tak cukup. Setakat RM100. Orang lain mak nye bagi RM1000.
Lembab betul lah orang tua ni.. NI yang aku malas bawak dia ni. haishhh...
Cepatlah sikit!!!!!! lembab lahhhhh!!!!!!
Berbuat baiklah terhadap kedua orang tua mu. Nanti anak anak kamu akan berbuat baik kepada kamu.Hadis Riwayat At-Thabrani.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Israa’ ayat 24:أعوذ بالله من الشيطان الرجيموَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬اصدق الله العظيم“Dan hendaklah engkau merendah diri dengan penuh kasih sayang dan berdoalah untuk keduanya: Ya Tuhan! Kurniakanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidik ku dari kecil lagi.”