Baginda menitahkan belatuk memanggil Sang Bubut. Bagindamenanyakan sebab Sang Bubut memalu gendang perang tanpa perintah baginda. Sang Bubut menjawab dia membuat demikian kerana dia melihat Sang Biawak membawa pedang tercabut sambil lari-lari. Sang Bubut menyangka ada musuh yang menyerang baginda. Jadi Sang Bubut memalu gendang dengan bersungguh-sungguh supaya segala hulubalang tahu tentang kejadian itu.
Sang Biawak dipanggil menghadap baginda. Nabi Allah Sulaiman bertanya kepada Sang Biawak mengapa dia berlari-lari sambil membawa pedang. Sang Biawak memberitahu dia bertindak demikian kerana ternampak Sang Labi-Labi membawa perisai dan menyangka bahawa ada musuh hendak menyerang baginda. Setelah mendengar cerita Sang Biawak , Nabi Allah Sulaiman menintahkan belatuk memanggil Sang Labi-Labi.
Sang Labi-Labi datang menyembah Nabi Allah Sulaiman lalu baginda bertanyakan sebab Sang Labi-labi membawa perisai. Sang Labi-labi menyatakan bahawa dia bertindak demikian kerana ternampak Sang Udang membawa tombak. Oleh itu, Sang Labi-Labi menyangka bahawa ada musuh yang datang menyerang baginda.
Sang Udang kemudian dipanggildatang menghadap lalu baginda bertanyakan sebab Sang Udang membawa tombak. Sang Udang berbuat demikian kerana melihatSang Sebarau mengikat pinggang dan kelihatan seperti sedang susah hati. Dia berfikir ada musuhmenyerang baginda,lalu dia membawa tombak sebagai persediaan untuk menghadapi musuh.
Baginda menitahkan belatuk memanggil Sang Sebarau datang menghadap baginda, lalu baginda menceritakan hal yang berlaku dan bertanyakan sebab Sang Sebarau susah hati. Sang Sebarau menyatakan bahahawa semua anak-anaknya telah menjadi mangsa Sang Memerang. Sang Memerang telah memakan semua anaknya dan tinggallahnya sendirian dalam lubuk tempat kediamannya. Oleh itu, Sang Sebarau meminta baginda menjatuhkan hukuman terhadap Sang Memerang.
Setelah Nabi Allah Sulaiman mendengar cerita Sang Sebarau, maka baginda memerintahkan Sang Memerang mengakui kesalahannya dan memutuskan bahawa Syah Alam di Rimba tidak bersalah. Kematian anak-anak Sang Memerang disebabkan oleh kesalahan Sang Memerang sendiri.
Bolo vytvorených viac ako 30 miliónov storyboardov