'Saya' terpaku apabila terdengar suara tua di hujung talian meluahkan rasa hatinya kerana kehabisan makanan. Dia juga berterima kasih kepada 'Nana' orang yang disangka menelefonnya . Dia juga memberitahu bahawa abang Nana, Nubhan langsung tidak menjenguknya walaupun duduk dekat dengannya.
Setelah meletak telefon , "Saya" dapat membayangkan kesulitan yang terpaksa dilalui oleh mangsa - mangsa banjir . Perasaan simpati bersarang di hati . Oleh itu , dia menelefon semula nombor tadi tetapi tidak terjawab.
"Saya" berasa agak terganggu apabila panggilannya tidak terjawab . Dia teringat suara tua itu tadi memberitahu jiran-jirannya semua sudah pindah . "Saya" terpaku dan tertanya-tanya sebab dia tidak berpindah ke pusat pemindahan dan sanggup tinggal sendirian di situ .
"Saya " menelefon nombor itu sekali lagi. Kali ini panggilan berjawab
Suara di hujung talian memberitahu bahawa sebelumnya dia sedang solat Zuhur .
Dia meminta agar Nana, yang disangkanya sedang bercakap dengannya tidak terlalu bimbang akan dirinya . Buat masa ini, dia masih ada ikan kering dan cili kering . Jika sudah habis , dia akan makan nasi dengan garam.
Dia berasa terkilan kerana tidak sempat menjelaskan siapa dirinya kepada suara tua itu. Oleh sebab perasaan ingin berbakti kepada ibu tua yang tidak dikenali malah tidak diketahui di mana tempat tinggalnya, dia nekad untuk mencarinya
Bolo vytvorených viac ako 30 miliónov storyboardov