Baru saya tahu mengapa ada kertas wang palsu yang bersalut logam itu di sepanjang jalan raya. Lepas itu, pemilihan tempat perkuburan ada adat juga ke , Kevin ?
Saya tahu yang ini, mereka akan memilih kawasan yang datarannya tinggi dan akan diukirkan dan dihias dengan cantik. Bahagian jirat yang cantik melambangkan kemewahan mayat tersebut. Benarkah apa yang saya jelaskan ini, Kevin ?
Itu benar, Ahmad. Mayat itu akan dibawa dengan lori khas dan kertas yang disalutkan logam akan ditaburkan di sepanjang jalan. Kertas ini adalah untuk memberi kebenaran kepada hantu syaitan untuk tidak mengganggu penghantaran mayat.
Tidaklah, saya tahu mengenai ini melalui satu majalah. Masih ingat lagi isi kandungannya. Tapi Kevin, saya ada satu soalan, adakah benar kalau seseorang keluarga itu telah kehilangan seorang ahli. 3 tahun yang seterusnya, ahli keluarganya tidak akan menyambut segala perayaan ?
Betul Ahmad.
Itu benar Ahmad. Tidak sambut perayaan selama 3 tahun adalah sebagai penghormatan kepada orang yang telah meninggal itu, bahawa ahli keluarga masih sedih dan duka dalam kehilangannya.
Wah, pandai Ahmad.
Ya benar, Rosy. Saya pun berasa begitu.
Kalau begitu, kami perlu tahu sama ada kaum Cina ada sambut Tahun Baru Cina atau tidak. Ini adalah untuk elakkan berlaku situasi kekok.
Selepas 3 tahun itu, mereka baru dibenarkan untuk terus menyambut perayaan seperti biasa.
Selain itu, mereka ada juga penyembahan untuk hari ke-7, ke-49 dan ke-100 hari. Setiap tarikh ini, semua ahli keluarga akan datang menyembah di hadapan papan peringatannya dengan sajian makanan .
Wah, ini lain sikit dalam penziarahan kubur ini. Kalau kaum Melayu akan menziarah kubur arwah keluarga pada hari raya pertama.
Selepas 3 tarikh itu, mereka perlu sembahyang setiap tahun untuk hari kematiannya ?
Tidak salah penyataan Rosy ini. Selepas 3 tahun juga, mereka akan kemaskan kuburnya pada hari Ching Ming setiap bulan April.
Baik Kevin, kami akan berhati-hati dengan tidakan ini.
Di sini, saya juga ingatkan kalian, beberapa tindakan yang anda lihat di majlis pengebumian bapa Lim itu, jangan anda tiru ya.
Selain itu, barang-barang di majlis pengebumian juga, jangan kalian bawa tanpa izin pulang ke rumah sebagai kenangan, kerana barang yang kalian ambil akan membawa hantu syaitan ke rumah kediaman kalian.
Sebagai contoh, tidak menegakkan chopstick anda di tengah mangkuk. Itu adalah cara ahli keluarga kaum Cina untuk menyembah orang yang meninggal dunia itu.
Betul Kevin, kami pulang dahulu. Terima kasih Kevin, banyak penjelasan yang Kevin bagi. Ini amat membantu dalam menyelesaikan kerja sekolah kami.
Kami nak undurkan diri dahulu, Kevin.
Sama-sama Ahmad dan Rosy. Harap maklumat yang saya bagi ini dapat membantu kalian.
Wah, banyak adat dan pantang larang situasi kematian kaum CIna yang kami pelajari dan faham dari Kevin hari ni.
Bolo vytvorených viac ako 30 miliónov storyboardov