Søk
  • Søk
  • Mine Storyboards

Unknown Story

Lag et Storyboard
Kopier dette storyboardet
Unknown Story
Storyboard That

Lag ditt eget Storyboard

Prøv det gratis!

Lag ditt eget Storyboard

Prøv det gratis!

Storyboard Tekst

  • Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah pergi ke Kuala Lumpur dan Melaka bersama-sama ahli keluarga saya. Tujuan mengadakan lawatan in adalah untuk pergi ke beberapa tempat pelancongan juga untuk belajar tentang budaya daripada kaum yang berbeza.
  • Kami pergi ke Melaka dan Kuala Lumpur dengan menaiki kereta bapa saya. Kami bertolak ke Melaka pada pukul lapan dari rumah kami.
  • Apabila tiba di destinasi, kami nampak banyak pengunjung yang datang dari negeri lain.
  • Pada pukul sembilan pagi, kami pergi ke sebuah restoran yang terletak di tepi A' Famosa untuk makan sarapan. Semua makanan dan minuman yang dijual di restoran itu sangat enak dan lazat. Selepas itu, kami telah pergi ke A' Famosa. Kami telah mengambil beberapa gambar. Pekerja di sana juga menceritakan tentang sejarah A' Famosa dan sejarah Melaka. Saya dan ahli keluarga dapat menambahkan banyak ilmu pengetahuan tentang A'Famosa dan sejarah Melaka.
  • Kemudian, saya dan keluarga saya telah bertolak ke Kuala Lumpur. Kami telah pergi ke Muzium negara untuk melihat barang kuno dan belajar tentang sejarah Malaysia. Tiket untuk orang berumur 13 tahun ke-atas berharga RM 20. Tiket untuk kanak-kanak yang berumur antara 3 tahun hingga 12 tahun ialah RM15. Bapa saya telah membeli 3 tiket untuk orang berumur 13 tahun ke-atas. Kami telah melihat banyak barang kuna yang cantik dan menarik. Selain itu, kami telah belajar tentang sejarah Malaysia dan cerita tentang orang seperti Hang Tuah dan Tunku Abdul Rahman. Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan saya.
  • Selepas itu, kami makan malam di sebuah restoran yang terletak di tepi Muzium Negara. Kami pun pulang ke rumah pada pukul lapan malam. Saya berasa sungguh gembira dan berpuas hati. Saya berharap untuk pergi ke Kuala Lumpur pada masa depan.
Over 30 millioner storyboards opprettet