Adib:Teknologi adalah bahawa semua peranti atau alat yang digunakan untuk memenuhi keperluan dan meningkatkan keselesaan hidup manusia boleh dikategorikan sebagai teknologi
Amirul:Adib, Apakah definisi teknologi ?
Dia: 3
Alif:Amirul, adakah kamu tahu tentang kelebihan teknologi ?
Amirul:Antara kelebihan teknologi adalah memudahkan kerja seharian dan meningkatkan taraf hidup .Selain itu, ia juga dapat menjimatkan masa dan mempunyai kemudahan komunikasi.
Dia: 4
Adib:Impak negatif adalah wujudnya penyebaran berita palsu dan fitnah yang boleh merosakkan hubungan silaturrahim serta mendatangkan ketagihan terhadap media sosial sehingga menjejaskan kesihatan mental dan fizikal. Selain itu, ia juga menyebabkan seseorang terdedah kepada bahan-bahan yang tidak bermoral seperti keganasan, bahan lucah dan sebagainya serta menyebabkan seseorang tidak dapat bersosial dengan orang lain kerana lebih bersemuka dengan teknologi.
Amirul: Adib, Apakah impak negatif penglobalan teknologi komunikasi dan hubungan?
Dia: 5
Muiz: Kesan Impak positif adalah perhubungan lebih mudah terutamanya jarak jauh dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara individu atau kumpulan.Selain itu, maklumat dapat dihantar dan dicapai dengan lebih cepat serta lebih mudah terutamanya dari jarak yang jauh. Kita juga dapat saling mengenali dengan individu lain sama ada yang dikenali atau tidak melalui rangkaian atas talian dan dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk berhubung dengan orang lain. Kita juga dapat menambah sumber pendapatan melalui membuka perniagaan atas talian.
Afiq:Muiz , Apakah impak positif penglobalan teknologi komunikasi dan hubungan?
Dia: 6
Muiz:Sebagai seorang pengguna teknologi komunikasi.Apakah cadangan untuk mengurangkan impak penglobalan teknologi komunikasi dan hubungan?
Alif:Cadangan yang boleh diambil ialah kita hendaklah menggunakan teknologi tersebut dengan tujuan yang baik serta menggalakkan individu meminimumkan masa dalam talian dengan melakukan aktiviti luar seperti bersukan dan riadah .Selain itu, kita juga hendaklah mendidik insan muda untuk menggunakan teknologi dengan cara yang bertanggungjawab.
Dia: 7
Afiq:Kesimpulannya, penggunaan teknologi memberi banyak kebaikan dan keburukan yang memberi impak kepada masyarakat. Oleh itu, kita sebagai pengguna hendaklah bijak menggunakannya ke arah kebaikan. Kita hendaklah tidak menyebarkan maklumat palsu atau fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian antara masyarakat di negara kita
Muiz:Saya Setuju dengan pernyataan kamu. Saya berharap agar kita dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.