Pemain yang telah berjaya mencapai buah/gundu di petak semi-D, maka dia boleh membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh pada petak yang kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah. Rumah ditandakan dengan corak atau garisan tertentu. Sekiranya buah jatuh terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.
PEMENANG
Pemenang adalah pemain yang memperoleh rumah terbanyak.
MATI/HILANG GILIRAN
> Buah yang dilontar terkena garisan petak> Kaki terpijak garisan petak> Buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya> Pemain menukar kaki sewaktu giliran> Pemain terlupa pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap,iaitu kiri di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan> Pemain tidak dapat mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam petak semi-D> Pemain tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya> Pemain memijak kaki ke rumah pemain lawan.Pemain dikira mati (giliran) jika :
KESIMPULAN
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Di samping itu, melalui permainan tradisional juga boleh, masyarakat dapat menyemai nilai-nilai murni serta dapat melatih jati diri mereka . Contohnya permainan teng – teng.Dalam permainan teng-teng, setiap pemain perlu mengimbangi badan mereka semasa melompat menggunakan sebelah kaki. Ini bukan sahaja memerlukan ketahanan yang kuat malah memerlukan kesabaran yang tinggi. Tanpa kesabaran yang tinggi dan bertindak dengan terburu-buru mungkin para pemain akan cepat hilang giliran atau mati.Akhir sekali, permainan tradisional ini perlu dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Hal ini kerana, permainan tradisional adalah satu warisan yang diturunkan oleh nenek moyang kita terdahulu dan asset penting dalam kehidupan kita.budak Baik.
PENUTUP
TERIMA KASIH KERANA MENONTON
Sukurta daugiau nei 30 milijonų siužetinių lentelių