Paieška
  • Paieška
  • Mano Siužetinės Lentos

PENGEMBALA YANG AMANAH

Sukurkite Siužetinę Lentą
Nukopijuokite šią siužetinę lentą
PENGEMBALA YANG AMANAH
Storyboard That

Sukurkite savo siužetinę lentą

Išbandykite nemokamai!

Sukurkite savo siužetinę lentą

Išbandykite nemokamai!

Siužetinės Linijos Tekstas

  • Nun di hujung sebuah kampung, tinggal seorang pemuda yang bernama Sirajudin.Mengembala kambing merupakan pekerjaanya untuk menyara kehidupannya. Namun begitu, hatinya tenang walaupun hanya bekerja mengembala kambing -kambing milik Tuan Haji Abidilah. Sirajudin sangat bersyukur atas rezeki yang dikurniakan Tuhan kepada keluarganya. Sirajudin mempunyai ibu yang sudah uzur. Sebagai anak yang soleh, Sirajudin setia menjaga ibunya pada setiap hari.
  • SIRAJUDIN
  • IBU SIRAJUDIN
  • Sirajudin mengambil wang yang diberikan oleh Haji Abdilah tanpa mengiranya. Baginya, upah yang diberikan oleh tuannya sudah cukup untuk memenuhi keperluan dia dan ibunya. Tuan Haji Abdilah sangat senang akan sikap Sirajudin selama dia bekerja dengannya.
  • Ini upah kamu kerana menjaga kambing- kambing saya pada bulan ini. kata Tuan Haji Abdillah kepada Sirajudin pada suatu hari.
  • TUAN HAJI ABDILLAH
  • Pada suatu hari, semasa Sirajudin sedang memberi kambing-kambing makan di kandang, Sirajudin terdengar bunyi kambing-kambing yang mengembek dengan kuatnya. Sirajudin meluru untuk mencari punca bunyi tersebut.
  • Alangkah terkejutnya Sirajudin apabila mendapati bahawa seekor anak kambing gembelaanya itu sedang dibelit seekor ular sawa yang sangat besar. Sirajudin berjaya menetak ular tersebut. Namun begitu, anak kambing itu tidak dapat diselamatkan kerana mati akibat belitan ular sawa tersebut.
  • Saya rasa bersalah kerana tidak menjaga amanah yang Tuan Haji berikan kepada saya dengan sebaik - baiknya. Sebagai ganti rugi, selepas ini saya akan menjaga kambing - kambing milik Tuan Haji tanpa menerima sebarang upah.
  •  Maafkan saya Tuan Haji. saya bersalah kerana cuai semasa menjaga kambing Tuan Haji 
  • Pada keesokannya harinya, Sirajudin berjumpa dengan Tuan Haji Abdilah untuk membayar ganti rugi kerana seekor kambing milik beliau telah mati.
  • Eh, mengapa pula kamu berkata begitu? Bukannya yang menyebabkan kematian kambing itu
  • Tidak mengapa, Sirajudin. Saya tidak kisah tentang hal itu. Sebenarnya saya cukup berbagga kerana mengenali orang yang jujur seperti kamu. Mulai bulan hadapan , saya akan menaikkan upah kamu.
  • Pada keesokan harinya, Sirajudin melakukan kerja dengan lebih tekun. Dia sangat gembira kerana Tuan Haji Abdilah masih memberikan kepercayaan kepada dirinya untuk menjaga kambing-kambing tersebut. Dia bertekad untuk bekerja dengan lebih baik dan tidak akan mengkianati kepercayaan yang diberikan oleh Tuan Haji Abdilah.
  • BY: LIYANA
Sukurta daugiau nei 30 milijonų siužetinių lentelių