Amalan menabung merupakan sifat terpuji dan mulia. Dengan menabung, seseorang itu dapat merancang masa depan.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Proses menabung mengambil masa yang lama. Dengan itu, kita dapat mengasuh sikap sabar.
Banyak manfaat yang dapat diperoleh jika amalan menabung disemai sejak kecil lagi.Antaranya ialah dapat memupuk sikap sabar dan konsisten.
Kita dapat mengeluarkan simpanan yang ditabung apabila menghadapi kecemasan. Contohnya ketika sakit atau ditimpa bencana.
Selain itu, wang yang ditabung juga dapat digunakan untuk kecemasan.
Di samping itu, sikap menabung juga dapat menambahkan simpanan kita.
Jika kita menyimpan wang dibank, kita akan mendapat faedah dan bonus. Oleh itu, wang yang ditabung di bank meningkat. Kesenangan hidup terpelihara apabila kita menabung.
Kesimpulannya, kita digalakkan supaya menabung. Ibu bapa haruslah mengasuh anak agar menabung sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sikap berdikari juga dapat dipupuk apabila kita menabung. Kita tidak akan bergantung pada saraan ibu bapa. Wang yang ditabung ini juga dapat menampung pengajian kita.
Sukurta daugiau nei 30 milijonų siužetinių lentelių