Búsqueda
  • Búsqueda
  • Mis Guiones Gráficos

Prosa Tradisional : Pelanduk Mengajar Memerang

Crear un Guión Gráfico
Copie este guión gráfico
Prosa Tradisional :  Pelanduk Mengajar Memerang
Storyboard That

Crea tu propio guión gráfico

¡Pruébalo gratis!

Crea tu propio guión gráfico

¡Pruébalo gratis!

Texto del Guión Gráfico

  • Di manakah ibu bapa kamu?
  • Mereka pergi mencari ikan untuk kami.
  • CHIP! CHIP!
  • Pada zaman Nabi Allah Sulaiman semua haiwan ditakdirkan oleh Allah dapat berkata-kata. Nabi Allah Sulaiman mempunyai lima menteriyang terdiri daripada manusia, jinyang bernama Ifrit, unggas, landak, dan pelanduk. Antara kelima-lima menteri itu, Syah Alam di Rimba, iaitu pelanduklah yang paling masyhur kebijaksanaannya.
  • Aku tahu siapa yang membuat perkara ini. Biar kita memaklumkan kepada Nabi Allah Sulaiman.
  • Abang, anak-anak kita sudah mati.
  • Pada suatu hari, Syah Alam di Rimba melawat ke kawasan di wilayah pemerintahannya. Syah Alam di Rimba sampai di sebuah lubang yang menjadi tempat tinggal memerang. Ada tujuh ekor anak memerang di dalam lubang itu. Anak-anak memerang itu keluar dari lubang lalu bermain-main.
  • Beta mahu adakan perbicaraan. Sang Belatuk, sila bawa Syah Alam di Rimba ke sini.
  • Tidak berapa lama kemudian, burung bubut berbunyi secara bersahut-sahutan. Apabila mendengar bunyi itu Syah Alam di Rimba terus bersilat. Tanpa sedar, Syah Alam di Rimba telah memijak anak-anak memerang itu sehingga semuanya mati.
  • Patik terdengar Sang Bubut bersiul dengan bersahut-sahutan dan memalu gendang perang dengan kuat. Patik menyangka bahawa paluan itu ialah isyarat kedatangan musuh lalu membuka silat dan tanpa sedar, patik telah mencederakan anak-anak memerang.
  • Setelah hari petang, mak dan bapa memerang pulang ke lubang tersebut. Mak dan bapa memerang melihat semua anak memerang sudah mati.
  • Pada keesokan harinya, mak dan bapa memerang pergi berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman. Mak dan bapa memerang mengadukan perbuatan yang dilakukan oleh Syah Alam di Rimba terhadap anak-anaknya.
  • Setelah Syah Alam di Rimba datang menghadap, Nabi Sulaiman bertanyakan kebenaran aduan pasangan memerang itu serta sebab berbuat demikian. Syah Alam di Rimba segera memohon ampun kepada Nabi Sulaiman dan menceritakan hal yang sebenar.
Más de 30 millones de guiones gráficos creados