Søg
  • Søg
  • Mine Storyboards

MAGDALENA 2

Opret et Storyboard
Kopier dette storyboard
MAGDALENA 2
Storyboard That

Lav dit eget Storyboard

Prøv det gratis!

Lav dit eget Storyboard

Prøv det gratis!

Storyboard Tekst

  • Magdalena, alangkah indahnya sekiranya rumah yang akan kita diami di tepi danau seperti ini dan kita mempunyai perahu yang lebih besar supaya kita dapat melewati malam purnama bersama.
  • Stevan dan Magdalena saling mencintai antara satu sama lain. Mereka sering menulis dan mengirim surat antara satu sama lain dan kadangkala bertemu di taman rumah, di sungai dan di danau.
  • Aku telah kehilangan Magdalena... Tanganku menjadi kosong dari semua angan-angan dan harapan-harapanku. Bagaimana aku akan hidup?
  • Tuan Muller, ayah Magdalena menyedari bahawa mereka menyukai antara satu sama lain dan bertindak mengusir Stevan dari rumahnya walaupun mereka bersahabat baik. Stevan terpaksa akur dengan keputusan tersebut. Sebelum berpisah, Stevan dan Magdalena berjanji untuk setia dan menunggu sehingga saat bahagia tiba.
  • Saya sangat risau melihat keadaan Stevan ini Doktor. Sudah lama keadaan dia seperti ini.
  • Setelah beberapa lama mengumpul wang, Stevan memutuskan untuk pergi ke rumah Tuan Muller kerana mahu meminang Magdalena. Setibanya Stevan di rumah Tuan Muller, dia mula mengimbau kenangannya dahulu di taman rumah. Sedang asyik melihat sekeliling, tiba-tiba Stevan ternampak Magdalena bersama seorang lelaki, bermesraan dan berpegangan tangan. Setelah mengamati lelaki tersebut, Stevan menyedari bahawa lelaki itu adalah sahabatnya, Edward.
  • Majlis perkahwinan Magdalena dan Edward sesak dengan penduduk desa Welfach. Pada waktu itu orang melihat gadis tercantik yang pernah mereka lihat dalam hidup mereka. Stevan turut hadir ke majlis perkahwinan tersebut, melihat perkahwinan tersebut dari jauh. Stevan merasakan hatinya berdebar-debar lalu ia menekan pada lubuk jiwanya seraya memohon kepada Allah kesabaran atas dugaan ini.
  • Stevan terbaring di tempat tidurnya. Dia menderita dan jatuh sakit selama dua bulan dan menjadi tidak tentu arah selepas perkahwinan Magdalena. Dia sering menyebut-nyebut nama Magdalena dan kadang-kadang dia mengkhayalkan Magdalena datang kepadanya dengan senyuman dan menerimanya.
  • Setelah berapa lama Stevan bersedih hati, dia akhirnya melatih diri untuk melupakan dan menghilangkan masa lampaunya. Dia pun kembali kepada pekerjaan seninya yang lama iaitu seni muzik, yang ditinggalkannya dahulu. Dia mulai mencurahkan perhatiannya terhadap seni itu. Akhirnya, kehidupan Stevan berubah menjadi seorang ahli muzik yang terkenal dan disegani ramai.
Over 30 millioner Storyboards oprettet